Terus ke kandungan
Irsyad StudioIsi enquiry
Pasangan pengantin di bawah cahaya keemasan

Wedding · Dari janji ke kenangan

Hari bahagia.
Kenangan selamanya.

Foto dan video untuk mengingati hari anda, bersama insan yang paling bermakna.

Lihat hasil dan julat harga dahulu. Isi enquiry untuk pakej yang sesuai, kemudian teruskan booking.

Selected work · Irsyad Studio

Kenangan yang terus terasa.

Lihat potret, suasana majlis dan filem perkahwinan kami. Kongsikan momen atau gaya yang dekat dengan anda supaya kami lebih memahami apa yang ingin anda simpan.

Contoh di atas dilabel mengikut sesi sebenar. Mahu rujukan untuk sesi lain? Kongsikan jenis sesi dan gaya pilihan anda semasa berbincang dengan kami.

Mulakan dengan cerita anda

Sesi &
julat harga.

Ada majlis dalam satu hari, ada yang berasingan. Pilih susunan yang paling dekat dengan rancangan anda; tarikh, masa dan lokasi setiap sesi membantu kami menyemak liputan yang sesuai.

Semak julat harga biasa di bawah, kemudian isi enquiry untuk melihat pakej yang sesuai dengan butiran sesi anda. Tawaran khas, jika layak, disemak dalam enquiry. Harga akhir tertakluk pada skop dan sebut harga.

01Nikah & Sanding · Satu hariRM1,700–RM4,600 / pakej

Dua momen dalam hari yang sama. Kongsikan masa nikah, masa sanding dan lokasi setiap sesi supaya perjalanan serta tempoh liputan dapat disusun.

Julat harga biasa mengikut pilihan pakej. Pilihan servis: Foto, Foto + video. Kandungan dan tempoh liputan berbeza mengikut pakej; caj perjalanan dan tambahan, jika berkenaan, dinyatakan dalam sebut harga.

Isi enquiry untuk sesi ini
02ROM / Nikah sahajaRM1,000–RM3,900 / pakej

Rakam lafaz janji, reaksi keluarga dan potret selepas akad. Beritahu masa, tempat dan momen bersama orang tersayang yang anda mahu utamakan.

Julat harga biasa mengikut pilihan pakej. Pilihan servis: Foto, Foto + video. Kandungan dan tempoh liputan berbeza mengikut pakej; caj perjalanan dan tambahan, jika berkenaan, dinyatakan dalam sebut harga.

Isi enquiry untuk sesi ini
03Sanding / Tandang sahajaRM1,400–RM4,200 / pakej

Dari ketibaan pengantin hingga foto bersama keluarga. Kongsikan atur cara, lokasi dan perkara penting supaya liputan dapat mengikuti rancangan majlis.

Julat harga biasa mengikut pilihan pakej. Pilihan servis: Foto, Foto + video. Kandungan dan tempoh liputan berbeza mengikut pakej; caj perjalanan dan tambahan, jika berkenaan, dinyatakan dalam sebut harga.

Isi enquiry untuk sesi ini
04Nikah & Sanding · Dua hariRM2,100–RM5,500 / pakej

Majlis pada tarikh berbeza, dengan keperluan tersendiri. Masukkan kedua-dua tarikh dan lokasi; jika ada yang belum pasti, maklumkan untuk semakan bersama.

Julat harga biasa mengikut pilihan pakej. Pilihan servis: Foto, Foto + video. Kandungan dan tempoh liputan berbeza mengikut pakej; caj perjalanan dan tambahan, jika berkenaan, dinyatakan dalam sebut harga.

Isi enquiry untuk sesi ini
05TunangRM900–RM3,700 / pakej

Simpan momen pertemuan dua keluarga, acara menyarung cincin dan potret pasangan. Ceritakan suasana serta susunan majlis yang anda rancang.

Julat harga biasa mengikut pilihan pakej. Pilihan servis: Foto, Foto + video. Kandungan dan tempoh liputan berbeza mengikut pakej; caj perjalanan dan tambahan, jika berkenaan, dinyatakan dalam sebut harga.

Isi enquiry untuk sesi ini
06Malam resepsiRM900–RM3,700 / pakej

Ucapan, persembahan dan suasana malam yang ingin dikenang. Kongsikan tentatif, pencahayaan lokasi serta momen utama untuk menentukan skop foto atau video.

Julat harga biasa mengikut pilihan pakej. Pilihan servis: Foto, Foto + video. Kandungan dan tempoh liputan berbeza mengikut pakej; caj perjalanan dan tambahan, jika berkenaan, dinyatakan dalam sebut harga.

Isi enquiry untuk sesi ini
07Pre / Post WeddingHarga disemak mengikut skop

Sesi potret pasangan sebelum atau selepas hari majlis. Kongsikan lokasi, pakaian dan gaya pilihan supaya kita boleh merancang suasana serta masa yang sesuai.

Isi enquiry untuk sesi ini

Lebih daripada sekadar bergambar

Faham keperluan.
Rancang dengan tenang.

Setiap orang datang dengan cerita berbeza. Perkara yang anda utamakan membantu kami merancang sesi dan hasil yang bermakna untuk anda.

Orang yang penting untuk anda

Beritahu siapa dan momen yang anda mahu utamakan. Senarai ringkas keluarga serta atur cara membantu kami merancang liputan tanpa anda perlu mengingatkan semuanya pada hari majlis.

Panduan ketika bergambar

Tak perlu tahu semua posing. Kami bantu dengan arahan semasa sesi potret, sambil memberi ruang untuk senyuman dan interaksi yang terasa seperti diri anda.

Kenangan dalam bentuk pilihan anda

Foto, video, album dan cetakan mempunyai kegunaan berbeza. Pilih berdasarkan apa yang anda mahu simpan; hasil, skop dan tempoh disahkan mengikut pakej serta sebut harga.

Giliran cerita anda pula

Ada hasil yang dekat dengan pilihan anda?

Sudah lihat hasil dan julat harga? Kongsikan butiran sesi dalam enquiry, kemudian semak pilihan pakej serta harga khususnya.

Isi enquiry sesi saya

Dari kenal gaya ke pilihan pakej

Kenali kami, kemudian
rancang sesi anda.

  1. Lihat hasil & julat harga

    Kenali gaya foto dan video kami, kemudian semak julat harga bagi sesi pilihan anda.

  2. Isi enquiry & pilih pakej

    Kongsikan butiran sesi, lihat contoh hasil kerja dan lengkapkan e-mel. Kemudian semak pakej, skop dan harga yang sesuai.

  3. Teruskan booking

    Bincang melalui WhatsApp untuk semak tarikh, skop dan sebut harga sebelum booking. Bagi sesi Studio yang layak, pilihan booking online turut disediakan.

Sebelum anda booking

Biar semuanya
lebih jelas.

Semak perkara yang kerap ditanya. Keperluan khusus boleh dibincangkan sebelum anda mengesahkan tempahan.

Boleh ambil foto sahaja atau foto dan video sekali?

Boleh semak pilihan foto, video atau gabungan yang tersedia dalam enquiry. Bilangan crew, tempoh liputan dan hasil yang diserahkan mengikut pakej serta skop yang anda sahkan; video tidak termasuk secara automatik dalam semua pakej foto.

Nikah dan sanding hari yang sama, maklumat apa yang diperlukan?

Kongsikan masa mula dan tamat setiap sesi serta kedua-dua lokasi. Masa nikah perlu mendahului sanding jika itu susunan majlis anda. Masukkan masa perjalanan dan persediaan dalam perancangan; team akan menyemak skop sebelum tempahan disahkan.

Kalau salah satu tarikh atau lokasi belum pasti?

Nyatakan butiran yang sudah ada dan perkara yang masih belum muktamad. Team boleh membincangkan pilihan, tetapi slot serta skop hanya dianggap sah selepas melalui pengesahan tempahan. Perubahan tarikh perlu disemak semula.

Kami tak biasa posing. Boleh bantu?

Boleh. Team memberi panduan semasa sesi potret. Kongsi rujukan atau perkara yang membuat anda kurang selesa supaya arahan dapat disesuaikan, dan sediakan sedikit ruang dalam atur cara untuk potret pasangan serta keluarga.

Apa beza teaser, highlight dan rakaman penuh?

Teaser ialah video ringkas untuk gambaran awal; highlight merangkum momen terpilih. Rakaman penuh sesuatu acara berbeza daripada kedua-duanya. Hasil video, panjang dan tempoh siap mengikut senarai pakej serta persetujuan, jadi nyatakan jika anda perlukan rakaman acara tertentu.

Boleh tambah album, cetakan atau Instant QR Photo?

Nyatakan minat anda dalam enquiry atau semasa berbincang. Kami semak pilihan yang tersedia, kesesuaian majlis, skop serta caj sebelum anda bersetuju. Album, cetakan dan Instant QR Photo hanya termasuk jika disenaraikan pada pakej atau sebut harga anda.

Bagaimana dengan perjalanan dan tambahan masa?

Kongsikan alamat penuh dan anggaran masa mula serta tamat. Caj perjalanan atau tambahan liputan, jika berkenaan, disahkan dalam sebut harga. Jika mahu sambung pada hari majlis, semak jadual team serta caj sebelum diteruskan.

Apa beza Signature Editing dengan Advanced Editing?

Signature Editing mengemaskan warna, pencahayaan, potongan gambar dan keseluruhan hasil mengikut pakej serta gaya Irsyad Studio. Advanced Editing ialah permintaan khusus seperti menambah nama atau logo, memasukkan orang daripada gambar lain, membuang orang atau objek, serta retouching terperinci seperti menghilangkan jerawat. Jika kerja itu tidak termasuk dalam pakej, kami semak kesesuaian, skop, caj dan tempoh dahulu; kerja bermula selepas anda bersetuju. Perkara yang sudah disenaraikan dalam pakej atau sebut harga kekal termasuk.

Bagaimana saya boleh semak pakej dan teruskan booking?

Lihat portfolio dan julat harga semasa di website dahulu. Kemudian isi maklumat sesi dalam enquiry, lihat hasil kerja dan lengkapkan e-mel sebelum memilih pakej. Untuk wedding atau permintaan khas, teruskan di WhatsApp untuk semak tarikh, skop dan booking. Pakej Studio yang menyediakan booking dalam talian boleh diteruskan melalui pilihan masa dan bayaran yang dipaparkan. Enquiry belum mengesahkan tempahan; lengkapkan langkah booking untuk pengesahan.

Your story, beautifully remembered.

Mari rancang
kenangan anda.

Jika hasil dan julat harga sesuai dengan rancangan anda, isi enquiry untuk melihat pakej yang berkaitan. Semak skop dan tarikh bersama team sebelum meneruskan booking.

Isi enquiry sesi saya

Enquiry ialah pertanyaan awal. Tempahan disahkan melalui langkah booking.